GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rafidah Mat Ruzki


PERLIS, Pulau Pinang dan Kelantan berada dalam zon hijau sehingga semalam, selepas tidak mencatatkan kes aktif Covid-19 selama dua minggu bermula 20 Mei lalu.

Dalam tempoh itu juga, lima daerah berada dalam zon merah menurut carta dikeluarkan MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia membabitkan Hulu Langat dan Sepang di Selangor; Cheras dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur serta Rembau di Negeri Sembilan.

Cheras mencatatkan kes tertinggi dengan 314 kes, diikuti Hulu Langat (99 kes), Lembah Pantai (83 kes), Sepang (66 kes) dan Rembau (58 kes).

Tiga lagi kawasan mencatat satu kes masing-masing di Kubang Pasu, Kedah; Kinta, Perak dan Kemaman, Terengganu.

Jumlah kes mengikut negeri menyaksikan Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi dengan 403 kes, diikuti Selangor 222 kes, manakala Pahang (23 kes) dan Negeri Sembilan 64 kes.

Hanya empat kes direkodkan masing-masing di Putrajaya, Melaka dan Johor merekod empat kes positif Covid-19, manakala enam kes di Sarawak dan Sabah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 11:30 AM