GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi

SARAWAK mencatatkan dua kes kematian hari ini menjadikan jumlah korban Covid-19 di negeri ini sebanyak orang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kematian itu berlaku di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.

Beliau berkata, bagi kes positif Covid-19 pula, sebanyak enam dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes di Sarawak sebanyak 135 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

“Tiga daripada kes baharu itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri (2) dan Hospital Sibu (1).

“Hari ini juga sebanyak 50 kes baharu individu dal siasatan (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,176 kes dan daripada jumlah itu, 977 kes adalah negatif dan 64 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Mengenai pemantauan dalam tempoh 13 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, polis melaporkan 95 peratus rakyat negeri ini mematuhinya.

“Semalam sahaja, seramai 67 individu ditahan menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan kini seramai 229 orang.

“Hari ini, 31 individu dituduh di mahkamah kerana ingkar PKP dengan jumlah keseluruhan yang dituduh kini adalah 56 orang,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 6:28 PM