KEADAAN kawasan Kuil Sri Marathandavar Ayalam, Sungai Jerik, Maran, dinaiki air akibat limpahan air sungai. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN kawasan Kuil Sri Marathandavar Ayalam, Sungai Jerik, Maran, dinaiki air akibat limpahan air sungai. FOTO Ihsan Pembaca
BERNAMA

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang pada hari ini, manakala amaran sama di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Sabah pula, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 2:37 PM