ANGGOTA bomba menaikkan mayat remaja lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai BKE Lunas, di sini semalam. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menaikkan mayat remaja lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai BKE Lunas, di sini semalam. FOTO Ihsan Bomba
Nor Farhani Che Ad


MAYAT remaja lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) Lunas, di Kulim, semalam ditemui pada 8.40 pagi hari ini.

Mayat M Hoemaraj, 16, ditemui terapung di kawasan Jarak, Pulau Pinang iaitu kira-kira 10 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba, Hamizul Azwan Hamdan berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan semula pada 8 pagi tadi.

“Bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk menaikkan mayat mangsa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, mayat dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan sebelum tenggelam kira-kira 4.30 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 10:57 AM