Samadi Ahmad

Samadi Ahmad

SEPANG: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor menegaskan akan teguh menyokong kenyataan Ketua Pusatnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhubung sokongan terhadap desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, meletak jawatan dalam kabinet.

Ketua ARMADA Selangor, Adif Shan Abdullah berkata, pihaknya berdiri teguh dan menyangkal kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy kononnya Syed Saddiq menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, penyerahan memorandum oleh sekumpulan anak muda bagi mendesak Wayth Moorthy meletak jawatan juga selaras dengan amalan demokrasi dalam parti.

"Syed Saddiq hanya menyuarakan hasrat akar umbi dan Ramasamy tidak sepatutnya melatah dengan kenyataan itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pra Pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di sini, semalam.

Turut hadir, Exco Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Timbalan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Muhammad Hafiz Shaari.

Media sebelum ini melaporkan Ramasamy menyifatkan Syed Saddiq menghina kebijaksanaan Dr Mahathir mengenai pelantikan Waytha Moorthy dan mendesaktindakan perlu diambil terhadap Syed Sadiq.

Pada masa sama Syed Saddiq turutmemuat naik status di laman Facebooknya dan menegaskan beliau menyertai politik bukan untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

Syed Saddiq menegaskan, beliau memasuki bidang politik bukan untuk menjadi ‘pak turut’ atau mendiamkan isu yang dibangkitkan rakyat.

Adhif Shan berkata,sebelum ini Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin dan Pemuda Parti Amanah Negara(Amanah) Terengganujuga menyuarakancadangan agar Waytha Moorthy meletakjawatan dan diganti dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan UndanganNegeri Dengkil berkata,Pemuda DAP juga pernah menyuarakan pandangan agar Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meletak jawatan kerana prestasi kerjanya dilihatkurang baik.

"Apa juga keputusan adalah ditangandan kebijaksanaan Perdana Menteri, kita akur dan menyokong kepemimpinan beliau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Disember 2018 @ 6:27 PM