GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Faris Fuad


KELUARGA bayi lelaki lima bulan yang didera ketika dalam jagaan sebuah taska di Taman Desa Saujana, Kajang, kelmarin, masih berada dalam keadaan trauma.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, pihaknya masih belum bersedia untuk memberi komen terhadap apa yang berlaku

“Ada beberapa rakan menziarah kami sekeluarga dan memberi kata-kata semangat.

“Saya juga sedia maklum suspek kes itu sudah ditahan, saya serah kepada polis untuk membuat siasatan," katanya pada NSTP, hari ini.

Semalam, NSTP melaporkan wanita yang dicari berhubung kes dera dua bayi lelaki masing-masing berusia lima dan tujuh bulan ketika dalam jagaan taska terbabit, ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata wanita yang berusia 31 tahun dan berasal dari Bandar Baru Bangi itu ditahan pada 5.45 petang di Kapar, Klang.

Dalam perkembangan sama, Fadzil berkata permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Sepang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 November 2018 @ 10:58 AM