SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret, pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret, pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Wartawan NSTP

BEKAS Ketua Pengarah (KP) di sebuah bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini, untuk prosiding reman.

Ia bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna dana milik Kerajaan Malaysia bagi peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14.

Difahamkan, wanita berusia 61 tahun yang bergelar Datuk itu ditahan pada 4.15 petang semalam, di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati wanita tersebut terbabit bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan yang direman, semalam, kerana menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 9:49 AM