TERTUDUH dibawa ke mahkamah. FOTO Nik Hariff Hassan
TERTUDUH dibawa ke mahkamah. FOTO Nik Hariff Hassan
Sarah Zulkifli

SEORANG bapa dihadapkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas tuduhan membunuh anak lelakinya berusia lima tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Faih Rifin, 36, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Muhammad Waiz Wazzini di No A11-4-40 Blok 11A Flat Puchong Permai 1/6 , Taman Puchong Permai, Subang Jaya, antara jam 2.30 hingga 5.30 petang pada 14 Ogos lalu.

Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini sebagai sebutan semula kes bagi laporan forensik dan perubatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris,

manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Media melaporkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang dalam kejadian di Flat Puchong Permai, Subang Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Ogos 2018 @ 1:04 PM