Fahmy Azril Rosli


EMPAT Senator yang baru mengangkat sumpah mengesahkan akan mengangkat sumpah untuk menyertai barisan Kabinet di Istana Negara, hari ini.

Mereka adalah Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) P Waythamoorthy.

Selain itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan calon PKR Parlimen Ketereh, Dr Mohd Radzi Jidin turut sama akan ke istana, petang ini.

Kesemua mereka berkata demikian ketika ditemui selepas istiadat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, di Parlimen, hari ini.

Berita berkaitan

Baki Menteri, Timbalan Menteri bakal angkat sumpah...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Julai 2018 @ 3:04 PM