KOTA TINGGI 02 JULAI 2018. Timbalan Pengarah Operasi Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Sanifah Yusof (tengah) menunjukkan lokasi kejadian mengenai kejadian bot pancung yang membawa PATI dari Indonesia karam di perairan Tanjung Punggai yang berlaku awal pagi tadi, ketika sidang media di Jeti Marina, Tanjung Pengelih, Penawar.NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

Izlaily Nurul Ain Hussein

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam di perairan Tanjung Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, Isnin lalu ditamatkan semalam.

Operasi yang diselaraskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditamatkan pada 7.30 malam selepas lima hari sejak bot yang membawa 44 orang itu karam.

Timbalan Pengarah Maritim Malaysia (Johor), Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, sepanjang operasi itu pihaknya berjaya menyelamatkan 24 mangsa lelaki dan seorang wanita manakala tujuh mangsa lelaki dan empat wanita ditemui mati.

“Baki lapan mangsa masih hilang dan belum ditemui.

“Semua 44 mangsa adalah warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini melalui jalan tidak sah.

“Operasi ini dihentikan berikutan tiada penemuan dan petunjuk baru serta peluang menjumpai mayat adalah tipis.

“Bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan oleh aset yang ditugaskan dan operasi akan diaktifkan semula jika terdapat sebarang petunjuk baru,” katanya.

Beliau berkata, SAR dilakukan pada keluasan kawasan pencarian mencecah 900 batu nautika di laut dan pencarian di pantai sekitar lokasi bot itu karam.

Katanya, operasi membabitkan aset laut dan 150 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan iaitu Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia(TDM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), pihak hospital dan Petronas (RAPID Pengerang).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Julai 2018 @ 2:21 PM