PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.
PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.
Mohd Fahmi Mohd Yusof

Johor Bahru : Golongan belia sememangnya menjadi nadi penggerak di negeri ini bukan saja dari segi modal insan, bahkan turut menyumbang dalam perkembangan ekonomi di Johor.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengakui kepentingan generasi belia dan mulai tahun ini juga, golongan itu diangkat dengan dibantu menerusi pelbagai inisiatif serta pendekatan dinamakan Orang Muda Johor (OMJ) yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam pembentangan Bajet Johor 2018 tahun lalu.

Antaranya mewujudkan keperluan untuk belia memiliki pusat khusus menjalankan aktiviti keusahawanan serta berkumpul untuk berbincang dan mendapat informasi terkini berkenaan Iskandar Malaysia iaitu Iskandar Malaysia Port Orang Desa (IMPOD) yang akan dilaksanakan dengan peruntukan RM1.72 juta.

Selain itu, antara inisiatif yang sudah dan sedang dilaksanakan adalah pembinaan Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2018.

Sehingga kini, pelbagai program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ antaranya Johor Future, Sukarelawan Darul Ta’zim (SDT), Jambori SDT, Hari Belia, ruang pameran OMJ di Expo Johor Berkemajuan tahun lalu, Sukan Muafakat Johor, Festival Seni Muafakat Johor dan Festival Permainan Tradisional Johor.

PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.
PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.

Belia anak jati Johor, Khairunnisa Mohd Arif, 23, menyedari banyak program untuk anak muda dilaksanakan di negeri itu dan lebih menarik, ia turut mendapat sambutan yang baik daripada kelompok itu.

“Saya nampak Johor ada muafakatnya, rakyat terutama golongan muda mengambil bahagian dalam pelbagai acara dianjurkan kerajaan negeri.

“Program seperti SDT atau Duta Jauhar sememangnya bukan saja menyasarkan mahasiswa di peringkat universiti, malah menarik minat belia lain di luar sana,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Amirul Aliff Mohd Hisham, 22, berkata, aktiviti dilakukan kerajaan Johor banyak memberi impak besar kepada belia terutama generasi mahasiswa.

“Ramai golongan belia mahasiswa memberi sokongan dan pembabitan dalam pelbagai insiatif yang dilaksanakan antaranya program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Walaupun berasal dari Melaka, saya yang belajar di sini jelas dapat melihat usaha kerajaan Johor meningkatkan peranan kumpulan belia terutama mahasiswa di negeri ini,” katanya.

PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.
PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.

Bagi Wan Amirul Syahid Wan Hasan, 23, dia teruja selepas mendapat tahu Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor turut mengangkat agenda OMJ yang menunjukkan kerajaan negeri amat mengambil berat hal ehwal belia di negeri itu.

“Menerusi Manifesto OMJ, pasangan muda Johor yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah akan diberi bantuan sebanyak RM500 bagi yang pertama kali berkahwin.

“Selain itu, program Pasport Pertama Bangsa Johor iaitu pembiayaan RM50 untuk permohonan mendapatkan pasport kali pertama bagi OMJ berusia 30 tahun ke bawah, sememangnya inisiatif yang baik,” katanya.

PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.
PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.

Sementara itu, penuntut UTM berasal dari Bangi, Mohamad Azri Sufi Mahadzir, 23, berkata dia menaruh harapan tinggi pelbagai usaha akan dilakukan kerajaan Johor dalam membela nasib golongan muda.

“Saya bukan orang sini, tetapi apa yang saya dapat sangat banyak daripada pelbagai pelaksanaan program kerajaan negeri terhadap kumpulan anak muda terutama mahasiswa,” katanya.

PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.
PELBAGAI program dilancar dan dilaksanakan di bawah kluster OMJ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 11:32 AM