Empat penunggang basikal lajak ditahan manakala basikal mereka dirampas. Foto Ihsan PDRM.
Empat penunggang basikal lajak ditahan manakala basikal mereka dirampas. Foto Ihsan PDRM.
Hadzlihady Hassan


TIGA remaja dan seorang kanak-kanak ditahan polis di Jalan Besar, Balik Pulau selepas didapati menunggang basikal lajak secara berbahaya.

Mereka yang berusia 10 hingga 14 tahun ditahan 10.30 malam semalam, bersama basikal lajak masing-masing yang sudah diubahsuai.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Polis Balik Pulau sebelum pihaknya menghubungi ibu bapa keempat-empatnya.

“Seorang daripada remaja terbabit keciciran sekolah. Kami juga sudah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah bagi membincangkan isu ini.

“Keempat-empatnya dibebaskan selepas ibu bapa mereka hadir dan kita mengeluarkan saman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN1669/59 serta Peraturan 11 LN166/69 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

“Kita memandang serius perkara ini dan berharap geng basikal lajak menghentikan aktiviti mereka sebelum ditimpa perkara tidak diingini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 4:55 PM