Suraya melepaskan konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pendang Square. FOTO Nur Syazwana Mansor
Suraya melepaskan konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pendang Square. FOTO Nur Syazwana Mansor
Nur Syazwana Mansor


KONVOI sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Pendang berlangsung meriah dengan penyertaan 60 kenderaan mewakili 33 jabatan dan agensi kerajaan, hari ini.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pendang bersama Majlis Daerah Pendang itu bermula di Pendang Square dengan konvoi melalui beberapa mukim seperti Tobiar, Kubur Panjang dan Sungai Tiang.

Acara pelepasan konvoi disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob.

Suraya berkata, program itu adalah acara tahunan untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan.

Katanya, antara jabatan dan agensi terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat, Pejabat Tanah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.

"Pada masa sama, kita menyeru pemimpin setempat seperti penghulu dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya menganjurkan program seumpama ini bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

"Orang ramai juga diseru supaya mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau pada kenderaan masing-masing sebagai tanda semangat dan cinta kita kepada negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2017 @ 2:22 PM