Kalidevi Mogan Kumarappa


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC), hari ini.

Sumber berkata, suspek yang ditahan adalah seorang peguam dan pembantu wanita yang disyaki terbabit menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC.

Katanya, peguam berusia 44 tahun itu beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek wanita berusia 29 tahun adalah pembantu perundangan firma undang-undang itu.

"Kedua-dua mereka ditahan kira - kira 4 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Peguam terbabit juga mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat yang membuat urusan jual beli hotel dengan FIC manakal suspek wanita pula dipercayai memainkan peranan penting dalam menandatangani perjanjian jual beli itu, " katanya.

Sementera itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 7:54 PM