Sandal dipercayai milik wanita yang terjun ke dalam sungai di Klang, awal pagi hari ini. - Foto Ihsan Bomba
Sandal dipercayai milik wanita yang terjun ke dalam sungai di Klang, awal pagi hari ini. - Foto Ihsan Bomba
Siti Nor Amirah Abu Bakar


SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam sungai dari Jambatan Bukit Kuda, Klang, malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.41 pagi.

Menurutnya, tujuh anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja yang bergegas ke lokasi, tiba pada 1.58 pagi.

“Kami menemui sandal di atas jambatan itu dipercayai milik mangsa.

"Operasi mencari dijalankan sehingga jam 3 pagi sebelum disambung pagi ini," katanya.

Sehingga berita ini disiarkan usaha mencari mangsa masih belum berjaya.

Menurutnya, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 11:24 AM