Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO Ihsan bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO Ihsan bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


BEKAS Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut antara empat parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jengka 17, Maran, tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Pahang Mohamed Nor Hamzah berkata, pada kejadian jam 2.30 petang, mangsa, Hassan Othman, 77, bersama isteri, Kamsiah Bajuri, 69, menaiki Toyota Vios dan dikatakan dalam perjalanan ke Bandar Pusat Jengka, Maran.

Difahamkan, Toyota Vios dipandu mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh Proton Wira dinaiki suami isteri berusia 30 tahun dan 26 tahun.

Akibatnya, semua mangsa parah di kepala, badan serta tangan dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

Mohamed Nor berkata, pihaknya tiba di lokasi jam 2.57 petang dan mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan empat mangsa yang tersepit.

“Kami menggunakan mesin pemotong besi bagi mengeluarkan mangsa sebelum mereka dibawa ke hospital.

“Operasi mengeluarkan mangsa tamat sepenuhnya jam 4 petang,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 6:19 PM