DR Noriah  (kiri) pada  Persidangan IATD anjuran Pusat PERMATA Pintar Negara, semalam.
DR Noriah (kiri) pada Persidangan IATD anjuran Pusat PERMATA Pintar Negara, semalam.
Siti Fatimah Hassan

Bangi: Negara Islam lain semakin berminat dan mahu mengambil acuan silibus pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan dalam Program PERMATA Pintar Negara (PERMATA) untuk dilaksanakan di negara masing-masing.

Pengarah Pusat PERMATA Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Ishak berkata, ia disebabkan negara terbabit begitu memandang tinggi terhadap usaha Malaysia dalam membangunkan bakat dan potensi pelajar di negara ini.

Katanya, Malaysia juga lebih ke hadapan dalam aspek berkenaan dan dilihat sebagai model yang boleh memimpin mereka untuk memperkasakan sistem pendidikan menerusi sekolah yang menggunakan acuan program PERMATA.

“Sebenarnya negara Islam lain berminat dengan apa yang dilakukan menerusi program ini. Kita sebenarnya lebih ke hadapan daripada mereka dalam aspek membangunkan bakat dan potensi pelajar pintar.

“Malah Arab Saudi sendiri menyatakan minat untuk membuka sekolah berkonsepkan sama seperti program ini pada tahun hadapan. Malaysia diibaratkan sebagai pembimbing untuk negara Islam lain mengadakan program seperti ini di negara masing-masing,” katanya selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Persatuan Pembangunan Bakat (IATD) anjuran Pusat PERMATA Pintar Negara, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 8:53 AM