PENGUNJUNG  membeli barang di Festival Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa 2015.
PENGUNJUNG membeli barang di Festival Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa 2015.
BAHRISAU Alang dan Teh Udu,   membuat baju dengan menggunakan kulit kayu dan buluh sumpit.
BAHRISAU Alang dan Teh Udu, membuat baju dengan menggunakan kulit kayu dan buluh sumpit.
HEZHIMEI (kiri) dan Liuxu dari China  menjual barang cenderamata dari negara itu.
HEZHIMEI (kiri) dan Liuxu dari China menjual barang cenderamata dari negara itu.
Oleh Nurul Aiman Zainal Isa

Kuala Lumpur: Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa 2015 yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selama tiga hari berakhir kelmarin dilihat landasan penting untuk mengetahui sosial budaya dan kehidupan masyarakat peribumi bukan saja di negara ini malah di beberapa negara lain.

Program yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu juga menghimpunkan Orang Asli dan peribumi dari tujuh negara iaitu Ghana, Indonesia, New Zealand, Kanada, China, Filipina dan Thailand.

Masyarakat Orang Asli dan peribumi dari negara ini pula diwakili Kumpulan Teveloi Pos dari Simpang Pulai, Perak, Kumpulan Bahbola (suku kaum Semai) dari Gombak, Selangor, Kumpulan Jo’oh (Orang Asli Mahmeri) dari Pulau Carey, Selangor, Kumpulan Sewang Lanok (Orang Asli Temuan) dari Jelebu, Negeri Sembilan, Kontinjen Semelai Bera (Orang Asli Semelai) dari Bera, Pahang, Kumpulan Orang Asli Seletar dari Kampung Bakar Batu, Johor, Kumpulan Seni Tari Keningau dari Sabah dan Kumpulan Tari Etnik Iban dari Dayak Cultural Foundation (DCF), Kuching, Sarawak.

Sempena festival itu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk tarian tradisional dan jualan gerai kraf tangan.

Seorang pengunjung Nurul Nabila Abdullah, 37, berkata penganjuran festival ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terutama anak muda untuk mengetahui kesenian masyarakat Orang Asli dan peribumi terutama yang ada di negara ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 8:07 AM