Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Kerajaan negeri dipersoalkan berhubung jaminan pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini daripada 20 meter padu kepada 40 meter padu selepas penyusunan semula industri air Selangor selesai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali perlu menyatakan perkara itu kerana ia sudah dinyatakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Disember tahun lalu.

Beliau berkata, dalam sidang dewan yang berlangsung ketika menjawab soalan berhubung air percuma Isnin lalu, Mohamed Azmin tidak langsung membangkitkan isu penambahan pemberian kadar air percuma itu.

“Bukan saja tidak membangkitkan isu penambahan pemberian air percuma malah Menteri Besar menyatakan pula kemungkinan kenaikan tarif air bakal berlaku.

“Menteri Besar buat-buat lupa membangkitkan soal cadangan penambahan air percuma kepada 40 meter padu Isnin lalu,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 7:34 AM