PUTEH dengan motosikalnya di Cheng, Melaka.
PUTEH dengan motosikalnya di Cheng, Melaka.
Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Motosikal Honda C70 milik Puteh Arshat, 76, dianggapnya sebagai pengganti arwah isterinya. Ini kerana, Puteh kerap menghabiskan masa menunggang motosikal itu mengelilingi bandar Melaka sejak 20 tahun lalu untuk menghilangkan rasa sunyi.

Puteh yang menetap di Kampung Bertam, Malim di sini, membeli Honda C70 itu ketika berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Bentong, Pahang dan motosikal berkenaan mula menjadi penemannya selepas isterinya meninggal dunia 26 tahun lalu.

Bagi Puteh, motosikal yang dibeli sekitar 1970-an itu adalah teman sejatinya sejak dia mula bekerja sehingga selepas bersara dan tidak pernah berhajat menjual atau membeli kereta bagi menggantikan motosikal berkenaan.

“Ketika muda, saya pernah menunggangnya dari Bentong ke Melaka atau daerah di negeri ini untuk menghilangkan rasa bosan. Namun faktor usia dan kesihatan menyebabkan saya kini hanya menunggang sekitar bandar Melaka.

“Lokasi yang kerap menjadi persinggahan saya ialah Bertam Malim, Pulau Gadung, Cheng, Malim dan Tanjung Minyak. Ia bertujuan menceriakan diri selain bertemu rakan lama,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 6:49 AM