MacBook Air M2.
MacBook Air M2.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengguna yang menantikan pelancaran untuk peranti baharu keluaran Apple iaitu MacBook Air yang dikuaskaan dengan cip silikon terbaharu iaitu M2 boleh melakukan pembelian bermula hari ini.

  Sebelum itu, peranti berkenaan pertama kali dipertontonkan pada Jun lalu dan sudah memasuki pasaran tempatan manakala pembelian boleh dilakukan menerusi gedung rasmi Apple.

  Menyentuh aspek spesifikasi MacBook Air 2022 dengan cip M2 ini, pengguna boleh melakukan pemilihan dua variasi iaitu lapan teras CPU serta Unit Pemproses Grafik (GPU) dengan padanan 8GB memori tergabung (Unified Memory) bersama storan 256GB SSD.

  Bagi variasi kedua, ia didatangkan dengan lapan teras CPU dan 10 teras GPU bersama-sama memori tergabung 8GB dengan storan 512GB SSD.

  Bagaimanapun, pengguna boleh melakukan pengubahsuaian spesifikasi dan MacBook Air menyokong memori tergabung sehingga 24GB manakala storan adalah 2TB SSD.

  Tanda harga masing-masing bermula pada RM5,499 serta RM6,699 mengikut kesesuaian penggunaan.

  Pengguna juga tidak perlu bimbang dengan penggunaan kuasa kerana ia mampu bertahan sepanjang hari biarpun digunakan pada tahap maksimum.

  Selain itu, skrin paparan 13.6 inci Liquid Retina bersama True Tone itu sangat sesuai untuk pengguna yang sering menghasilkan suntingan imej atau video memandangkan tona warna persis warna sebenar.

  Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di dalam gedung rasmi Apple menerusi pautan https://www.apple.com/my/ .

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2022 @ 4:24 PM