KEUPAYAAN ‘overclocking’ daripada papan induk termasuk slot storan generasi terkini M.2 memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan talaan prestasi.
KEUPAYAAN ‘overclocking’ daripada papan induk termasuk slot storan generasi terkini M.2 memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan talaan prestasi.
Muhammad Saufi Hassan


DARIPADA perspektif pembina desktop, wujud satu nama jolokan untuk golongan yang memiliki bajet tinggi bagi kelengkapan desktop mereka dan kumpulan ini sering dinamakan sebagai golongan ‘bangsawan’.

Bangsawan ini termasuk dalam kelas ‘PC Master Race’ iaitu sering mahukan perkakasan terkini untuk set desktop mereka.

Ketika kehangatan golongan pembina desktop ini membincangkan keupayaan serta prestasi pemproses AMD daripada generasi Ryzen 3000, tumpuan kini terarah kepada pemproses kelas prestasi mereka iaitu ‘Threadripper’ yang turut dilancarkan dalam siri 3000.

Penulis ingin membawa satu analogi berkenaan pemproses Threadripper yang boleh diumpamakan sebagai sebuah enjin kereta Bugatti Veyron yang mempunyai 8.0 liter bersama kuasa Kuad-Pengecas Turbo dan sumber kuasa menggunakan enjin silinder W16 yang menghasilkan kuasa daripada aspek pecutan.

Ia sama seperti Threadripper 3970X yang mempunyai 32 teras pemproses serta dilengkapi 64 Threads untuk menghasilkan prestasi yang sangat pantas daripada aspek tugasan sintesis video, animasi atau sebarang tugasan berat yang lain.

Kuasa pemproses yang tinggi berkenaan sudah pasti memerlukan papan induk yang mampu untuk menyokong prestasi berkenaan bersama sokongan perkakasan lain antaranya sistem memori (RAM) dan sistem storan generasi baru atau PCIe NVME untuk lebih kelajuan.

 AMD Threadripper generasi ketiga memberikan prestasi lebih baik khusus untuk tugasan sintesis yang lebih kompleks.
AMD Threadripper generasi ketiga memberikan prestasi lebih baik khusus untuk tugasan sintesis yang lebih kompleks.

Bagi bangsawan di luar sana yang masih tercari-cari perkakasan baharu untuk menghabiskan bajet mereka, penulis mencadangkan supaya melakukan padanan Threadripper 3970X bersama papan induk keluaran ASUS Republic of Gamers (ROG) Zenith II Extreme yang turut menyokong cip TRX40 generasi baharu.

Produk keluaran ASUS ROG sememangnya tidak mengecewakan apabila kebanyakan perkakas desktop kelas prestasi atau permainan sememangnya didatangkan dengan kualiti premium bersama spesifikasi yang baik.

Menyentuh spesifikasi ASUS ROG Zenith II Extreme, papan induk ini menyokong cip pemproses daripada TRX40 iaitu Threadripper dengan 16 sumber kuasa berperingkat termasuk teknologi terkini PCIe 4.0.

Zenith II Extreme ini juga dilengkapi dengan sistem sambungan Internet tanpa wayar (WiFi) 6 (802.11ax) dan mempunyai sokongan storan jenis M.2 sebanyak lima slot sekali gus memberi kebebasan kepada pengguna untuk mempertingkatkan keupayaan storan untuk semua tugasan.

ASUS ROG Zenith II Extreme menawarkan kualiti dan prestasi yang sangat baik untuk sokongan cip pemproses TRX40.
ASUS ROG Zenith II Extreme menawarkan kualiti dan prestasi yang sangat baik untuk sokongan cip pemproses TRX40.

Papan induk ini mempunyai sokongan optimum punca kuasa dengan 16 Infineon TDA21472 berperingkat sesuai dengan keupayaannya yang menyokong pemproses kelas prestasi tinggi.

ASUS ROG terkenal dengan keupayaan pelarasan lampu segerak RGB dan ia boleh diubah suai menerusi perisian Aura Sync.

Perisian itu berkeupayaan untuk melakukan pelarasan untuk semua perkakasan dan ia sudah menjadi ‘tanda utama’ bagi ROG untuk setiap produk keluarannya.

Secara keseluruhannya, penulis tidak mempunyai banyak masalah dengan papan induk ini yang dipadankan bersama pemproses Threadripper 3970X dan setiap tugasan berat seperti sintesis dapat dilakukan dengan lancar dalam jangka masa singkat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 6:01 AM