AMD Athlon 240GE menawarkan prestasi yang sangat baik untuk pemproses kelas permulaan. FOTO NSTP
AMD Athlon 240GE menawarkan prestasi yang sangat baik untuk pemproses kelas permulaan. FOTO NSTP
Muhammad Saufi Hassan

IA bukan lagi satu dakwaan apabila pengeluar pemproses gergasi, Advanced Micro Devices (AMD) sedikit demi sedikit mendominasi perkongsian pasaran bagi pemproses sejak beberapa tahun lalu.

Bermula daripada pemproses kelas prestasi tinggi sehinggalah kepada pemproses kelas permulaan, AMD sudah menguasai perkongsian pasaran berikutan kegagalan Intel untuk memperbanyakkan produk kelas permulaan mereka.

Intel menerusi produk Pentium bagi kelas permulaan tidak begitu banyak pilihan dan harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding daripada AMD.

BACAAN pemproses ini sangat baik jika dibandingkan dengan prestasi pemproses lain FOTO NSTP.
BACAAN pemproses ini sangat baik jika dibandingkan dengan prestasi pemproses lain FOTO NSTP.

Kini, pemproses kelas permulaan sudah dikuasai oleh AMD menerusi siri Athlon yang memberikan lebih prestasi berbanding Intel.

Baru-baru ini, AMD meneruskan pelancaran generasi Athlon miliknya yang sudah berusia lebih 20 tahun menerusi pemproses generasi baru iaitu Athlon 240GE dengan keupayaan dua teras dan empat ‘thread’.

Pemproses generasi ini juga menyokong papan induk AM4 jadi ia memberi kemudahan kepada pengguna AMD untuk menurun taraf sistem perkomputeran mereka jika perlu.

Intel sememangnya bergelut untuk penyediaan pemproses 14nm dan kekurangan bekalan di pasaran itu kini diisi sepenuhnya oleh AMD yang bijak melihat jurang pasaran berkenaan.

Berdasarkan prestasi, Athlon 240GE adalah pemproses kelas permulaan yang sangat baik kerana ia bukan saja didatangkan dengan dua teras sebaliknya mempunyai talaan frekuensi sehingga 3.5GHz.

TAWARAN harga yang murah serta menyokong papan induk AM4. FOTO NSTP
TAWARAN harga yang murah serta menyokong papan induk AM4. FOTO NSTP

Pemproses ini juga mempunyai unit pemproses grafik terbina iaitu Radeon Vega dan mampu untuk melaksanakan permainan yang tidak kompleks.

Kemampuan AMD untuk menghasilkan pemproses kelas permulaan dengan harga yang rendah namun tidak mengorbankan prestasi adalah petunjuk utama penguasaan dalam segmen berkenaan.

Jurang yang ditinggalkan Intel menerusi produk Pentium mereka didominasi dengan baik terutama menyentuh aspek harga yang sangat berpatutan.

Secara keseluruhannya, AMD Athlon 240GE menawarkan harga yang sangat menarik dan mampu milik selain pengguna tidak perlu bimbang untuk mencari cecair haba (thermal solution) kerana ia turut dilengkapi di dalam kotak pemproses itu.

Malah, pemproses itu juga menyokong papan induk AM4 sekali gus memudahkan pengguna untuk menukar pemproses tanpa perlu mencari papan induk yang baru.

Namun, kelemahan yang boleh didapati adalah enjin grafik dan memori pemproses tidak boleh ditala (overclocked) selain kelemahan dalam prestasi bebenang tunggal (single threaded).

Advanced Micro Devices

• TERAS PEMPROSES : 5 (2 CPU + 3 GPU) 3.5GHz.

• BILANGAN THREAD : 4

• SISTEM MEMORI : 2667MHz

• SPESIFIKASI GRAFIK : 1,000MHz

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 10:13 AM