UNTUK kesan yang lebih memuaskan gunakan besen yang lebih luas permukaannya. GAMBAR hiasan
UNTUK kesan yang lebih memuaskan gunakan besen yang lebih luas permukaannya. GAMBAR hiasan

CUACA panas tentu menyebabkan individu berasa kurang selesa. Berada dalam bilik berhawa dingin 24 jam juga tidaklah terlalu baik untuk kesihatan kerana akan membuatkan kulit menjadi kering. Jadi bagaimana cara mengatasi rasa bahang melampau ini?

Menurut saranan Family Handman, Amerika Syarikat kira-kira 30 peratus haba yang tidak dikehendaki oleh badan akan memasuki rumah melalui tingkap yang tidak diturunkan langsirnya.

Dengan menurunkan langsir, kira-kira tujuh peratus haba dapat dikurangkan sekali gus memberikan rasa dingin. Ini bermakna suhu dalam rumah dapat disejukkan apabila langsir diturunkan di semua tingkap dan pintu boleh buka.

Selain itu satu lagi cara berkesan adalah dengan meletakkan sebesen air di dalam bilik bagi mengurangkan kepanasan. Air dikatakan dapat menyerap haba panas sekali gus menyejukkan ruang. Untuk kesan yang lebih memuaskan gunakan besen yang lebih luas permukaannya atau boleh diletakkan dua atau tiga besen untuk rumah yang tiada pendingin hawa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 5:00 AM