MARYAM Nawaz Sharif (tiga kiri). FOTO AFP
MARYAM Nawaz Sharif (tiga kiri). FOTO AFP
Bernama-Xinhua

Islamabad: Naib presiden parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz Maryam Nawaz Sharif, pada Isnin dilantik sebagai ketua menteri wanita pertama bagi wilayah Punjab timur Pakistan, menurut Speaker Dewan Perwakilan Malik Muhammad Ahmad.

Maryam, anak perempuan bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, memperoleh 220 undi berbanding sifar undian yang diterima Aftab Ahmad Khan, calon Majlis Ittehad Sunni, lapor Xinhua.

Maryam, 50, menjadi ketua menteri wanita pertama di Pakistan sejak negara Asia Selatan itu mencapai kemerdekaan pada 1947.

Selepas pelantikannya, Maryam berucap di sidang dewan dan berikrar untuk meningkatkan projek pembangunan, membawa pembaharuan dalam bidang kesihatan dan pertanian serta memudahkan sektor perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 7:39 AM