KOD QR diletakkan pada klip rambut kanak-kanak. FOTO VN Express
KOD QR diletakkan pada klip rambut kanak-kanak. FOTO VN Express
Agensi

Ho Chi Minh City: Amalan tradisi pemberian angpau semasa sambutan Tahun Baru Cina di Vietnam berubah kepada trend baharu menggunakan kod QR.

Daripada sampul merah tradisional, teknologi moden digunakan sesetengah ibu bapa dengan melekatkan kod QR pada aksesori peribadi seperti klip rambut.

Kod QR ini boleh diimbas untuk menerima sumbangan kewangan secara elektronik.

Memetik VN Express, trend ini pada asalnya bermula di China sebelum meluas ke seluruh platform media sosial Vietnam.

Bagaimanapun di Vietnam, Tahun Baru Cina digelar sebagai Tet.

Pekerja korporat berusia 27 tahun dari Hanoi, Anh Hang berkata, tertarik dengan trend itu, dia menelefon sebuah kedai hadiah untuk menyediakan penyepit rambut kod QR dan kerongsang khas untuk anaknya.

"Barang-barang itu sampai dalam tiga hari dan saya mengeluarkan belanja VND80,000 (kira-kira RM15.67) termasuk kos penghantaran.

"Produk itu dicetak dengan jelas dan mudah bagi saya mengimbas kod untuk menghantar wang," katanya.

Sementara itu, Minh Nhat, 31, dari Ho Chi Minh City, memilih sampul telefon kod QR untuk dirinya dan isterinya.

"Ekonomi teruk tahun ini.

"Tet (tahun baharu) ini, saya perlu bergantung pada anak-anak saya," katanya dalam nada bergurau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 12:00 PM