LELAKI menyejukkan diri di air pancut di tengah Gwanghwamun, Seoul. FOTO AFP
LELAKI menyejukkan diri di air pancut di tengah Gwanghwamun, Seoul. FOTO AFP
Agensi

Seoul: Seramai 11 orang maut akibat penyakit berkaitan panas, manakala empat lagi mati lemas di Korea Selatan sepanjang tempoh minggu lalu.

Daripada jumlah kematian akibat penyakit berkaitan haba kebanyakan mangsa berumur 70-an dan lebih tua.

Mereka ditemukan meninggal dunia di dalam rumah hijau atau di ladang, di kawasan dengan suhunya meningkat sehingga paras tertinggi harian antara 33 darjah Celsius dan 36 darjah Celsius.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan mengesahkan, pada Sabtu saja, tujuh orang maut akibat panas.

Empat lagi kematian dilaporkan Ahad lalu.

Mangsa yang maut termasuk empat orang berusia 70-an hingga 90-an di Wilayah Gyeongsang Utara, dua di Wilayah Gyeongsang Selatan, dua di Wilayah Gyeonggi dan seorang di Wilayah Chungcheong Utara.

Purata umur mangsa ialah 78.4 tahun dan masa kematian mereka adalah antara 11 pagi dan 5 petang.

Seramai 1,015 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba antara 20 Mei dan 29 Julai lalu.

Sebanyak 178 daripada kes dilaporkan dalam tempoh tiga hari hingga Jumaat, menurut kementerian itu.

Empat orang dilaporkan lemas di lautan, dan aliran gunung pada hujung minggu.

Memandangkan penggunaan elektrik meningkat semasa tempoh panas melampau, bekalan juga terputus di kompleks pangsapuri di Yongin, Wilayah Gyeonggi dan bandar barat daya Gwangju.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 10:31 AM