ORANG ramai menyambut tahun baharu di taman awam di Yangon. FOTO AFP
ORANG ramai menyambut tahun baharu di taman awam di Yangon. FOTO AFP
BERNAMA

Yangon: Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga penghujung 2023, memetik kenyataan Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, pihak tentera sebelum ini melanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik selama 21 kali dari 21 Disember 2018 hingga 31 Disember 2022, lapor Xinhua.

Selepas mempelawa Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) untuk rundingan damai pada 22 April 2022, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kemudian mengadakan rundingan dengan wakil 10 EAO.

Perjanjian berkenaan dilanjutkan untuk meningkatkan proses damai di Myanmar, menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 10:50 AM