SIGIT Setya Budi bersama isterinya. FOTO TikTok
SIGIT Setya Budi bersama isterinya. FOTO TikTok
SIGIT Setya Budi bersama isterinya. FOTO TikTok
SIGIT Setya Budi bersama isterinya. FOTO TikTok
Agensi

Jakarta: Demi cinta, seorang lelaki muda Indonesia tidak memandang usia apabila berkahwin dengan gurunya sendiri walau jarak usia mereka adalah 20 tahun.

Lelaki itu Sigit Setya Budi yang tinggal di Purworejo, Jawa Tengah itu berkata, dia berkenalan dengan isterinya ketika wanita itu menjadi gurunya di sekolah menengah.

Katanya, dia kini bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama isterinya itu.

"Dulu isteriku adalah guruku ketika di sekolah menengah sejak tahun 2013 hingga 2016.

"Pada masa itu, isteriku cuma mengajar di kelas X.

"Tidak pernah terlintas sedikit pun mencintai dan masuk meminangnya kerana (ketika itu) dia sudah bersuami," katanya kepada Detik.com.

Sigit turut memuat naik kisah cintanya itu di TikTok sebelum ia tular.

"Tahun 2014 hingga 2016 bertemu di sekolah. Pada awal 2021 semakin rapat sebelum Ogos 2021 sepakat serius dalam hubungan.

"Alhamdulillah semua cabaran dapat kami lalui bersama dan pada November 2021, kami selamat ke jenjang pelamin.

"Perjalanan hidup ini tiada siapa tahu. Terima kasih sayangku kau hadir menyempurnakan hidupku," katanya.

Video kisah cinta Guruku kini Istriku ini meraih lebih 14.3 juta tontonan dan mendapat 514, 300 Likes.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen turut sama mendoakan kebahagiaan pasangan itu, malah tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan lelaki itu mengahwini wanita lebih berusia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 1:08 PM