BOLSONARO (tengah) menunggang motosikal bersama-sama penyokongnya. FOTO EPA
BOLSONARO (tengah) menunggang motosikal bersama-sama penyokongnya. FOTO EPA
Agensi

Rio de Janeiro: Presiden Brazil Jair Bolsonaro didenda kerana tidak memakai pelitup muka serta melanggar larangan Covid-19 tempatan

Dia bersama ribuan penyokong, menunggang motosikal di jalan raya di Sao Paulo, pada Sabtu.

The Guardian melaporkan, presiden itu melambaikan tangan ke arah orang ramai dari motosikalnya dan kemudian dari atas sebuah trak.

Penyokongnya memakai topi keledar namun sebahagian besarnya tidak memakai pelitup muka dilihat bersorak.

Bolsonaro ketika berucap berkata, pelitup muka tidak perlu bagi mereka yang sudah divaksin.

Ia kenyataan yang dipertikaikan kebanyakan pakar kesihatan awam.

Pejabat media pentadbiran Sao Paulo berkata denda 110 Pound Sterling (kira-kira RM453) dikenakan terhadap presiden itu kerana melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam sejak Mei 2020.

Tinjauan pihak berkuasa mendapati 12,000 motosikal terbabit dalam perhimpunan pro-Bolsonaro itu.

Pejabat Bolsonaro belum memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 3:42 PM