LEE Berger di dalam sistem gua Rising Star di The Cradle of Human Kind, tapak warisan dunia di Johannesburg. FOTO AFP
LEE Berger di dalam sistem gua Rising Star di The Cradle of Human Kind, tapak warisan dunia di Johannesburg. FOTO AFP
AFP

Maropeng, Afrika Selatan: Ahli paleontologi di Afrika Selatan pada Isnin mendedahkan penemuan tapak perkuburan tertua di dunia mengandungi rangka manusia terdahulu yang berotak kecil.

Diketuai oleh ahli paleoantropologi terkenal Lee Berger, penyelidik berkata, mereka menemui beberapa spesimen Homonaledi - hominid Zaman Batu yang memanjat pokok - dikebumikan kira-kira 30 meter (m) di bawah tanah dalam sistem gua di Cradle of Humankind, lokasi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco), berhampiran Johannesburg.

"Ini adalah perkuburan yang paling kuno, namun direkodkan dalam rekod hominin, lebih awal daripada bukti pengebumian Homo sapiens untuk sekurang-kurangnya 100,000 tahun," tulis saintis dalam satu siri yang belum menjalani peer review (kajian semula setara) dan artikel prapenerbitan yang akan diterbitkan dalam eLife.

Penemuan itu mencabar pemahaman semasa mengenai evolusi manusia, kerana lazimnya diterima bahawa perkembangan otak kepada lebih besar membenarkan aktiviti seperti pengebumian.

Perkuburan tertua sebelum ini ditemukan adalah di Timur Tengah dan Afrika, mengandungi mayat Homo sapiens - dan berusia kira-kira 100,000 tahun.

Penemuan di Afrika Selatan oleh Berger dan rakannya penyelidiknya, dikatakan berusia sekurang-kurangnya 200,000 sebelum Masihi.

Secara kritis, penemuan itu tergolong dalam Homo naledi, dikatakan spesies primitif persimpangan antara beruk dan manusia, yang mempunyai otak dan mempunyai ketinggian kira-kira 1.5 meter (m).

Dengan jari tangan dan kaki melengkung, alat menggenggam tangan dan kaki dibuat untuk berjalan, spesies yang ditemukan Berger sudah mengubah tanggapan bahawa laluan evolusi adalah garis lurus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 12:02 PM