Bola Adeeko (kanan) bersama anak lelakinya Owolabi (tengah) dan seorang pastor ditahan polis untuk siasatan lanjut
Bola Adeeko (kanan) bersama anak lelakinya Owolabi (tengah) dan seorang pastor ditahan polis untuk siasatan lanjut
Agensi

ABUJA: Demi menjadi kaya, ibu dan anak lelakinya sanggup menjamah buah dada dan jantung seorang wanita yang dibunuh di hotel di Ogun, barat daya Nigeria.

Bola Adeeko dan anaknya, Owolabi memakan bahagian badan Favour Daley-Oladele, 22, yang dibunuh seorang pastor dengan menyembelih kepala mangsa.

Polis memaklumkan, dua beranak itu memakan organ berkenaan kerana ia menjadi sebahagian daripada aktiviti pemujaan yang dijalankan di sebuah gereja.

Bola bagaimanapun memaklumkan kepada polis dia tidak mengetahui organ yang dimakan adalah milik Favour kerana menganggap itu adalah daging kambing.

Dua beranak itu bersama seorang lelaki kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 12:04 PM