KEADAAN badan budak lelaki itu yang melecur.
KEADAAN badan budak lelaki itu yang melecur.
Agensi

KIEV: Seorang budak lelaki berusia dua tahun hampir mati direbus hidup-hidup selepas terjatuh dalam periuk berisi air mendidih diletakkan atas lantai dapur oleh ibunya di Ukraine.

Ivan Maletych kini bertarung nyawa selepas 70 peratus badannya melecur akibat kejadian di Susidovychi di selatan negara itu. Gambar menyayat hati dikongsikan pekerja kebajikan di media sosial menunjukkan kanak-kanak malang itu terbaring di atas katil hospital dengan seluruh badannya dibalut .

Daily Mail melaporkan, ibu Ivan, Ivanna Maletych meletakkan periuk berisi air yang baru dijerang atas lantai dan keluar membeli roti di kedai berhampiran.

“Ketika itu abangnya menonton kartun manakala Ivan bermain berseorangan. Tiba-tiba suami yang berada di halaman terdengar jeritan dan terus meluru ke dapur sebelum menemui Ivan melecur teruk.

“Hati saya hancur, saya tidak dapat memaafkan diri sendiri atas kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, suaminya terus menanggalkan baju Ivan dan menjirus badannya dengan air sejuk sebelum mengejarkannya ke hospital.

Timbalan ketua jabatan kecemasan hospital berkenaan, Victor Pyzhevsky berkata mangsa dalam keadaan kritikal dan tidak dapat menyatakan sama ada kanak-kanak itu mampu sembuh.

IVANNA Maletych sebak dengan kejadian menimpa anaknya.
IVANNA Maletych sebak dengan kejadian menimpa anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 11:08 PM