DANIEL NICHOLAS TUAPAWA
DANIEL NICHOLAS TUAPAWA
AFP

CHRISTCHURCH: Lelaki New Zealand berusia 33 tahun mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan menghina penduduk Islam di luar masjid di Christchurch yang menjadi lokasi kejadian tembakan rambang, bulan lalu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit, Daniel Nicholas Tuapawa berkata, dia langsung tidak mengingati kejadian berkenaan.

Lelaki terbabit berkata dia terkejut dan tidak sedar dengan perbuatannya sehingga polis menunjukkan kelakuannya dalam rakaman video yang berkata

‘semua orang Islam adalah pengganas’.

Tuapawa berpakaian baju T yang tertulis nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sambil menghina penduduk Islam di luar masjid Al Noor pada Rabu lalu sebelum ditahan selepas itu.

Dia dilepaskan dengan ikat jamin untuk dijatuhkan hukum pada 31 Julai.

Pelampau kulit putih warga Australia, Brenton Tarrant, 28, didakwa dengan 50 tuduhan bunuh dan 39 cubaan membunuh selepas melakukan serangan di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 10:50 AM