Pasukan penyelamat memberi bantuan kepada Olga di tengah laut tanpa memberitahu suami, Oleg dan anaknya, Yulia (kanan) yang menyangka ke spa. FOTO easttowestnews/Daily Mail
Pasukan penyelamat memberi bantuan kepada Olga di tengah laut tanpa memberitahu suami, Oleg dan anaknya, Yulia (kanan) yang menyangka ke spa. FOTO easttowestnews/Daily Mail
Daily Mail

Athens: Pakar kardiologi melalui pengalaman menakutkan apabila hanyut di tengah lautan selama 21 jam atas tilam pelampungnya sebelum ditemui jet Agensi Pengawal Pantai dan Sempadan Eropah (Frontex), kira-kira 11 kilometer dari pantai Rethymno di utara pulau Crete, Greece.

Dalam kejadian itu, Olga Kuldo, 55, yang bercuti di pulau itu bersama suami, Oleg, 59, dan anak perempuannya, Yulia, 28, itu, tidak menghiraukan amaran dikeluarkan supaya tidak turun ke laut.

Malah dia juga tidak memaklumkan Oleg atau Yulia bahawa dia ke pantai menyebabkan mereka menyangka dia sekadar ke spa.

Kehilangannya cuma disedari sekitar jam 7 malam, empat jam selepas Olga berada di laut, selepas tempoh rawatan spa sepatutnya berakhir.

“Saya berada di dalam air, berbaring di atas tilam pelampung sebelum menyedari hanyut dibawa ombak. Saya tidak pandai berenang dan hanya berpaut pada tilam pelampung.

“Saya sangkakan saya boleh kembali ke pantai namun dihanyutkan lebih jauh oleh angin. Saya mula menjerit di tengah laut tetapi tidak ada orang,” katanya.

Olga akhirnya ditemui dalam keadaan mengalami hypothermia dan dehidrasi manakala kulit bahagian belakangnya terbakar teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 9:00 PM