KEADAAN bayi yang dijumpai ditinggalkan di bawah pokok pisang di Chiang Mai, Thailand. - Agensi
KEADAAN bayi yang dijumpai ditinggalkan di bawah pokok pisang di Chiang Mai, Thailand. - Agensi

Chiang Mai: Seorang lelaki terkejut selepas menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibuang di bawah pokok pisang di Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini.

Aping Ping, 21, menemui bayi berkenaan ketika berjalan bersama abangnya di satu kawasan taman pada 25 Disember lalu.

Lelaki itu memberitahu, dia mendengar bunyi bayi menangis di kawasan semak sebelum menemui kanak-kanak itu yang dibalut dengan kain di bawah pokok pisang.

“Kami terkejut melihat bayi itu menggigil kesejukan dan menangis akibat kelaparan.

“Kami segera mengambil bayi itu dan membawanya ke Hospital Daerah Mai Rim,” katanya.

Menurutnya, bayi itu dirawat di unit rawatan rapi akibat jangkitan pada paru-paru tetapi keadaannya semakin pulih.

Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, polis kini mengesan ibu bapa bayi berkenaan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, sekiranya ibu bapa bayi itu gagal dikesan, kanak-kanak berkenaan akan diletakkan di rumah anak yatim. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 9:37 AM