Mangsa gempa bumi di Pole-Zahab, wilayah Kermanshah, Iran, berkumpul di kawasan lapang berhampiran bangunan yang rosak teruk. - Foto EPA
Mangsa gempa bumi di Pole-Zahab, wilayah Kermanshah, Iran, berkumpul di kawasan lapang berhampiran bangunan yang rosak teruk. - Foto EPA
AFP

JUMLAH korban gempa bumi 7.3 magnitud yang menggegarkan kawasan pergunungan di sempadan Iran- Iraq meningkat kepada lebih 320 orang, sebahagian besarnya di Iran.

Menurut Jabatan Pengukuran Kajibumi Amerika Syarikat, gempa bumi itu berlaku di 30 kilometer barat daya Halabja di wilayah Kurdistan Iraq Kurdistan kira-kira 9.20 malam waktu tempatan.

Pasukan penyelamat Iran menggeledah runtuhan di  di Pole-Zahab, wilayah Kermanshah, bagi mencari mangsa yang terperangkap. - Foto AFP
Pasukan penyelamat Iran menggeledah runtuhan di di Pole-Zahab, wilayah Kermanshah, bagi mencari mangsa yang terperangkap. - Foto AFP

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Kebangsaan Iran, Behnam Saidi, berkata 328 terbunuh dan kira-kira 2,500 lagi cedera di wilayah Kermanshah.

Pihak berkuasa Iraq menyatakan gempa bumi itu menyebabkan enam terbunuh di wilayah Sulaimaniyah, di utara negara itu dan kira-kira 150 lagi cedera.

Gempa yang berlaku pada kedalaman 25 kilometer itu dirasai kira-kira 20 saat di Baghdad dan menggegarkan beberapa bandar di barat Iran, termasuk Tabriz. Ia juga boleh dirasai di Turki dan Israel.

Pasukan penyelamat Iran menggeledah runtuhan di  di Pole-Zahab, wilayah Kermanshah, bagi mencari mangsa yang terperangkap. - Foto AFP
Pasukan penyelamat Iran menggeledah runtuhan di di Pole-Zahab, wilayah Kermanshah, bagi mencari mangsa yang terperangkap. - Foto AFP

Pada 1990, gempa 7.4 magnitud di Laut Kaspia di utara Iran menyebabkan 40,000 terbunuh, 300,000 lagi cedera dengan 500,000 hilang tempat tinggal. Ia meranapkan puluhan bandar dan hampir 2,000 perkampungan.

Pada 2013, gempa bumi melanda Bam di Tenggara Iran menyebabkan 31,000 terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 4:23 PM