GAMBAR hiasan. Kilang membuat sarung tangan getah Top Glove. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. Kilang membuat sarung tangan getah Top Glove. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengeluar sarung tangan terbesar dunia Top Glove Corporation Bhd dibenarkan untuk kembali mengeksport dan menjual sarung tangan ke Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini, berikutan pengubahsuaian penemuan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.

CBP dalam kenyataan mengesahkan bahawa sarung tangan pakai buang yang dihasilkan Top Glove akan diterima di semua pintu masuk pelabuhan AS bermula 10 Sept.

"Top Glove mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CBP di atas kerjasamanya dalam pengubahsuaian penemuan ini dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan syarikat berikutan sokongan dan timbang rasa dalam hal ini," menurut Top Glove dalam kenyataan hari ini.

Top Glove berkata, ia kekal komited terhadap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerjanya.

Ketika ini Top Glove mempunyai 48 kilang iaitu 41 kilang di Malaysia, Thailand (lima), China (satu) dan Vietnam (satu), merangkumi antaranya kilang sarung tangan, loji lateks pekat, kilang kimia, kilang bahan pembungkusan, kilang kondom dan kilang pelitup muka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 12:08 PM