AKSI Max Verstappen pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix Mexico. FOTO AFP
AKSI Max Verstappen pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix Mexico. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Red Bull didenda AS$7 juta (RM33 juta) kerana melanggar peraturan kewangan Formula Satu tetapi tidak akan ditolak mata daripada keseluruhan jumlah musim 2021.

Red Bull juga akan dihukum dengan pengurangan 10% dalam penyelidikan aerodinamik.

FIA mengesahkan pasukan itu, yang membawa Max Verstappen meraih kejuaraan mengatasi Lewis Hamilton tahun lalu, berbelanja melebihi £1.86 juta (RM10.20 juta) pada 2021.

Pemotongan 10 peratus itu pula akan dikenakan apabila mereka menggunakan terowong angin atau dinamik komputer untuk membina jentera mereka.

"Saya dengar orang berkata ia bukan penalti yang teruk, tapi kurang 10 peratus ujian di terowong angin dan peralatan lain untuk aerodinamik ialah penalti yang berat.

"Ia boleh menyebabkan kurang setengah pusingan. Ia akan memberi kesan kepada kemampuan kami untuk beraksi pada tahun depan," kata Horner.

Katanya denda itu menyebabkan 'sejumlah besar wang' perlu dicari dalam tempoh 30 hari namun menegaskan bahawa perbelanjaan lebih dibuat mereka bukanlah disebabkan pembangunan jentera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 8:37 AM