Legenda F1, Michael Schumacher (kiri) dan anaknya, Mick Schumacher. FOTO File Agensi
Legenda F1, Michael Schumacher (kiri) dan anaknya, Mick Schumacher. FOTO File Agensi
Agensi

Monza: Pemandu pasukan Formula Satu (F1) Haas, Mick Schumacher berkata bapanya, Michael Schumacher adalah antara pemandu terbaik dalam sukan itu, tidak kira apa pencapaian Lewis Hamilton sekalipun.

Hamilton merangkul kejuaraan ketujuh F1 tahun lalu, menyaksikan dia menyamai senarai kejuaraan sepanjang zaman bersama pelumba senior, Michael Schumacher.

Pemandu Mercedes itu bersaing dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen bagi kejuaraan dunia tahun ini.

"Bapa saya adalah antara pemandu terhebat dalam perlumbaan ini," kata Mick Schumacher, 22.

"Tetapi dia bukan hanya pemandu terbaik, dia juga bapa terbaik dalam dunia."

Michael Schumacher, 52, mengalami kecederaan dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti meluncur ais pada Disember 2013 dan berada dalam keadaan koma selepas mengalami beberapa kecederaan otak.

Keluarganya merahsiakan keadaan kesihatan pelumba itu secara peribadi kerana ia dipercayai diatas permintaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 11:40 AM