PELUMBA Trinidad and Tobago, Nicholas Paul menggigit pingat emas dimenanginya bagi acara keirin lelaki di Lee Valley VeloPark. FOTO AFP
PELUMBA Trinidad and Tobago, Nicholas Paul menggigit pingat emas dimenanginya bagi acara keirin lelaki di Lee Valley VeloPark. FOTO AFP
AFP

London: Prinsip 'Tiada yang mustahil' menjadi pegangan Nicholas Paul dan malam tadi, ia membuktikan kata-kata menjadi kenyataan apabila memenangi pingat emas berbasikal pertama bagi Trinidad and Tobago di Sukan Komanwel sejak 1966.

Kini, tumpuannya terarah untuk melangkah setapak lagi dan mencipta sejarah bagi negara di Kepulauan Caribbean itu di Olimpik pula.

Pelumba berusia 23 tahun itu menang emas acara keirin lelaki di Lee Valley VeloPark di London, di depan ramai penonton yang mahu melihat England menamatkan kemarau panjang dan menjulang Piala Dunia di Qatar 2022, hujung tahun ini.

Pada satu masa, Paul terfikir untuk mengikut jejak langkah rakan senegaranya yang menjadi pemain bola sepak pujaan ramai iaitu bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke.

Namun, kecederaan buku lali menyebabkan dia hanya mampu menyamai pencapaian Roger Gibbon, yang menang acara pecut beramai-ramai 1,000 meter dan 1km ujian masa di Sukan Komanwel di Kingston, Jamaica pada 1966.

"Ia semakin berkembang dan antara impian besar saya adalah menetapkan trend dan menjadikan penduduk Trinidad and Tobago tahu bahawa berbasikal trek adalah satu sukan sebenar," katanya.

"Salah satu mantera saya adalah 'tiada yang mustahil, iaitu slogan pengeluar barangan sukan Adidas dan saya mahu orang muda di negara saya melihat bahawa langit adalah kemuncak kejayaan.

"Saya mahu bekerja keras kerana belum tua. Saya baru berusia 23 tahun dan untuk mencapai kejayaan ini, saya meletakkan tahap tinggi kepada mereka dan menyatakan semuanya mungkin berlaku jika berusaha dan bekerja keras."

Paul yang bertanding kali kedua di Sukan Komanwel mencipta rekod dunia pada 2019 bagi acara 200 meter ujian masa lelaki dan kini mahu mencapai kemuncak di Olimpik pula.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 9:07 AM