GIROUD kecewa selepas Mila tewas 1-2 kepada Inter yang menyaksikan Inter muncul juara Serie A bagi musim ini. FOTO AFP
GIROUD kecewa selepas Mila tewas 1-2 kepada Inter yang menyaksikan Inter muncul juara Serie A bagi musim ini. FOTO AFP
AFP

Paris: Pemegang rekod penjaring terbanyak Perancis, Olivier Giroud mencapai persetujuan dengan Los Angeles FC (LAFC) untuk menyertai kelab Major League Soccer (MLS) itu pada musim panas ini, kata sumber kepada pemain itu.

Pemain berusia 37 tahun itu yang akan tamat kontrak dengan kelab Itali, AC Milan akan tamat pada hujung musim ini, setuju dengan kontrak 18 bulan bersama kelab California itu bermula 1 Ogos depan, menurut laporan di Perancis.

LAFC akan menjadi kelab kelapan disertai Giroud yang memenangi Piala Dunia 2018 dalam kariernya sejak lebih dua dekad lalu.

Dia memulakan karier bersama kelab Perancis, Grenoble, bermain untuk Istres and Tours sebelum menyertai Montpellier apabila dia memenangi gelaran Ligue 1 pada 2012.

Giroud kemudian menghabiskan sembilan musim di England, bersama Arsenal dari 2012 hingga 2018 diikuti tiga musim bersama seteru London, Chelsea, apabila dia memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2021.

Perpindahan ke Itali pada 2021 menyaksikan dia menang gelaran Serie A bersama AC Milan pada tahun berikutnya.

Giroud muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 57 gol daripada 131 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:13 PM