PENYOKONG membuat tekaan Bergson (kiri) adalah seorang lagi penjaga gol yang dirahsiakan identitinya. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
PENYOKONG membuat tekaan Bergson (kiri) adalah seorang lagi penjaga gol yang dirahsiakan identitinya. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Adakah penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva bertukar posisi bermain sebagai penjaga gol musim ini?

Itu persoalan berlegar dikalangan peminat di ruangan komen Facebook Johor Southern Tigers (JST) selepas kelab itu memperkenalkan jersi terbaharu penjaga gol, hari ini.

Daripada tiga penjaga gol yang memperagakan jersi berkenaan, hanya seorang yang memakai topeng sekali gus menimbulkan persoalan siapakah gerangan pemain itu.

Penjaga gol utama, Syihan Hazmi dan pemain berpengalaman, Farizal Marlias seperti biasa diperkenalkan sebagai penjaga gol skuad Harimau Selatan.

Namun identiti seorang lagi dirahsiakan dan rata-rata peminat membuat tekaan dengan mengaitkan Bergson adalah pemain disebalik topeng itu.

"Dari urat tangan tu memang tangan Bergson," tulis Shahrin Omar.

"Tengok tangan macam orang Brazil," kata Fairuz Ariffin.

Apapun ia mungkin gurauan daripada penyokong yang turut ghairah mahu mengetahui siapakah penjaga gol baharu JDT itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 3:39 PM