SALAH (kiri) menjaringkan gol pertama Liverpool. FOTO REUTERS
SALAH (kiri) menjaringkan gol pertama Liverpool. FOTO REUTERS
Agensi

London: Alan Shearer meramalkan Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp tidak mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EPL itu menyatakan bahawa dia meragui kemampuan barisan pertahanan Liverpool yang dilihat agak goyah.

Awal pagi tadi, ketika Manchester City tumbang di tangan Arsenal, hanya beberapa jam sebelum itu, The Reds mencatat keputusan seri 2-2 menentang Brighton.

Barisan serangan Liverpool kekal konsisten dengan Mohammed Salah sekali lagi cemerlang meledak kedua-dua gol Liverpool.

Tetapi selepas lapan perlawanan Liga Perdana, Liverpool hanya tidak dibolosi satu perlawanan, rekod yang tidak cukup bagus untuk pasukan yang mahu mencabar kejuaraan liga.

"Saya tidak pasti Liverpool mampu bertahan dengan baik," kata Shearer.

"Saya tidak akan mengubah fikiran saya, saya fikir ia akan menjadi persaingan antara Arsenal dan City sahaja.

"Mereka (Liverpool) mungkin kekal berada di kelompok atas liga buat sementara waktu tetapi saya fikir pada akhirnya perebutan kejuaraan akan hanya menjadi Arsenal atau City," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2023 @ 10:25 PM