ANTONELA menegur Mateo membaling gula-gula getah ke arah peminat. -FOTO The Sun UK
ANTONELA menegur Mateo membaling gula-gula getah ke arah peminat. -FOTO The Sun UK
Agensi

Doha: Isteri Lionel Messi, Antonela jelas tidak mahu tiga anaknya berkelakuan kurang sopan ketika mereka menyaksikan perlawanan hebat ayah mereka di pentas tertinggi dalam usaha mengejar kejayaan di Piala Dunia.

Model berkenaan itu menegur anak keduanya, Mateo, 7, selepas dia membaling gula-gula getah ke arah peminat ketika Argentina menewaskan Australia 2-1.

Messi mendedahkan anak-anaknya yang mendorongnya untuk dia melakar kemenangan di kejohanan bola sepak terbesar itu.

Bagaimanapun Antonela tidak membiarkan anak-anak mereka merosakkan perkara itu apabila dia dengan segera bertindak balas dengan kelakuan Mateo itu.

Messi, bagaimanapun gembira dengan kehadiran anak-anaknya terutama anak sulung Thiago, 10 yang kini cukup dewasa untuk menghargai pencapaian dan impiannya di usia 35 tahun.

Selepas Argentina berjaya mara ke suku akhir untuk menempah pertemuan dengan Belanda Jumaat ini, Messi berkata: "Dari awal hingga wisel penamat saya sentiasa memikirkan keluarga saya.

"Anak-anak saya terutamanya apabila mereka semakin dewasa dan semakin faham.

"Kami mempunyai keluarga sebelum ini di Piala Dunia. Thiago pernah ke sana tetapi dia tidak mengetahui maksudnya.

"Saya kini melihat bagaimana mereka menderita dan menikmatinya. Ia sesuatu yang menakjubkan.

"Mereka teruja sama seperti semua warga Argentina. Sangat mengagumkan untuk berkongsi perkara ini dengan mereka.

Keluarga Messi - ibu, isteri dan anak lelakinya Thiago, Mateo dan Ciro - bersorak gembira di tempat penonton ketika dia menjaringkan gol pembuka dan kemudian mengetuai aksi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2022 @ 2:53 PM