PULISIC (tengah) ketika menjaringkan gol untuk AS. FOTO AFP
PULISIC (tengah) ketika menjaringkan gol untuk AS. FOTO AFP
AFP

Doha: Christian Pulisic memastikan Amerika Syarikat (AS) ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia selepas meledak gol tunggal ketika menewaskan Iran 1-0, hari ini.

Bintang Chelsea itu menjaringkan gol pada minit ke-38 untuk memastikan AS bertemu Belanda pada pusingan kedua, 4 Disember ini.

"Pada separuh masa pertama, kami menunjukkan apa yang boleh kami lakukan. Separuh masa kedua pula kami menunjukkan keazaman yang tinggi.

"Barisan pemain memberikan segala-galanya dan kami tidak tewas menuju ke pusingan seterusnya," kata kata jurulatih AS, Gregg Berhalter.

Pulisic diketepikan pada babak kedua selepas mengalami kecederaan ketika menjaringkan gol kemenangan itu.

"Dengan kecederaan terbaru ini, ia memberi tekanan kepada kami. Kami menerimanya dan akan meneruskan perjuangan menentang Belanda," kata Berhalter.

Di sebalik hubungan politik yang tegang antara kedua-dua negara, aksi di Stadium Al Thumama Doha itu berlangsung tanpa sebarang kontroversi.

Kemenangan itu juga menyaksikan AS berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada Iran pada Piala Dunia 1998 sekali gus tersingkir pada edisi ketika itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2022 @ 7:10 AM