Aksi pemain badminton beregu wanita negara Chow  Mei Kuan dan Lee Meng Yean (kanan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza hari ini. FOTO Bernama
Aksi pemain badminton beregu wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean (kanan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza hari ini. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pintu untuk gandingan beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean untuk melangkah ke pusingan seterusnya boleh dikatakan sudah tertutup apabila tewas kepada beregu tuan rumah, Fukushima Yuki-Hirota Sayaka Yean 17-21, 21-15, 21-8, sebentar tadi.

Mei Kuan-Meng Yean bermula cemerlang dengan berjaya menguasai perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan 17-21 di set pertama.

Namun, pengalaman yang dimiliki pasangan nombor satu dunia itu jelas tidak memberi masalah untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas mencatatkan kemenangan mengalahkan beregu negara 21-15.

Pasangan Jepun itu terus manfaatkan setiap kelemahan pemain beregu negara sebelum memastikan perlawanan terbabit milik mereka apabila mudah mencatatkan kemenangan 21-8 untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya.

Beregu negara semalam tewas kepada pasangan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu 14-21, 17-21 dalam aksi pembukaan Kumpulan A yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza.

Mereka akan bertemu pasangan daripada England, Chloe Birch-Lauren Smith pada perlawanan terakhir Kumpulan A, Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 9:08 PM