Messi masih tunggak utama Barcelona. FOTO AGENSI
Messi masih tunggak utama Barcelona. FOTO AGENSI

Madrid: Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu mengatakan dia tidak mahu berdebat dengan Lionel Messi dan yakin pemain Argentina itu berminat untuk bermain di bawah kendalian jurulatih baru, Ronald Koeman.

Bartomeu juga mengatakan dia tidak berniat untuk mengundurkan diri, meskipun ada petisyen untuk menggulingkannya sebagai presiden dan lebih dari 20,000 tandatangan dikutip minggu lalu.

Messi kembali bersama pasukan sejak dia mengeluarkan kenyataan dia dipaksa untuk tinggal di Barcelona dan mendakwa Bartomeu melanggar klausa dalam kontraknya yang membolehkannya pergi.

Pemain berusia 33 tahun itu boleh berhijrah secara percuma apabila kontraknya tamat musim panas depan.

"Sebagai presiden, saya tidak mahu terbabit dengan sebarang konflik dengan Messi," kata Bartomeu

"Messi adalah kapten kami, pemimpin. Kami melihatnya dalam beberapa hari kebelakangan ini dan dia bercakap di atas padang seperti yang kami lihat. Isu sudah selesai. Apa yang perlu di cakap sudah di cakap.

"Saya tidak boleh membiarkan seperti ahli jawatankuasa atau pegawai kejurulatihan untuk membenarkan pemain terbaik dunit pergi meninggalkan pasukan ini.

"Pasukan ini memerlukannya. Anda perlu menyokong pasukan dan pemain."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 12:05 PM