FERNANDES mahu memenangi Liga Europa. FOTO AFP
FERNANDES mahu memenangi Liga Europa. FOTO AFP
AFP

BRUNO Fernandes meletakkan sasaran untuk memenangi saingan Liga Europa selepas membantu Manchester United kembali beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain tengah itu menjaringkan gol ketika United melakar kemenangan 2-0 di Leicester sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berjaya menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan ketiga dan kembali layak ke pentas elit Eropah.

United mendahului LASK 5-0 daripada aksi pertama pusingan ke-16 dan akan bertemu bertemu sama ada Istanbul Basaksehir atau Copenhagen jika mara ke suku akhir.

Fernandes sudah menjaringkan 10 gol sejak menyertai United dari Sporting Lisbon pada Januari lalu.

"Kini fokus kami adalah Liga Europa kerana ia adalah trofi yang berprestij dan kami mahu memenanginya.

"Saya hadir ke Manchester untuk memenangi trofi. Kami perlu menang pada setiap perlawanan.

"Apabila beraksi di Liga Europa dan menang setiap perlawanan, kami pasti akan memenanginya," katanya.

Gol Fernandes menerusi sepakan penalti dan jaringan lewat Jesse Lingard ketika bertemu Leicester memastikan United meraih penamat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 11:01 PM