Ulla tidak mahu Klopp sertai United. FOTO fail REUTERS
Ulla tidak mahu Klopp sertai United. FOTO fail REUTERS
Agensi

KEPUTUSAN Jurgen Klopp menyertai Liverpool memberi gambaran detik kegemilangan akan kembali ke Anfield.

Usaha itu menampakkan hasil selepas skuadnya menewaskan Tottenham tahun lalu untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan hanya kurang satu mata tewas dalam saingan untuk mencari gelaran sulung Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, menurut bekas pemain pertahanan Reds, Phil Thompson, Klopp akan menjadi pengurus Manchester United jika tidak disebabkan oleh isterinya, Ulla Sandrock.

Bercakap kepada TV2 di Denmark, Thompson memberitahu: “Saya menemuramah Klopp untuk Sky dan saya bertanya jika dia dan Liverpool ditakdirkan untuk bersama.

Dia memandang saya dan bertanya “kenapa?” katanya.

“Kemudian Klopp memberitahu dia berkemungkinan mengambil alih Manchester United tetapi isterinya memberitahu ia tidak betul.

“Apabila Liverpool tiba, isterinya kata baru betul. Ada yang tidak kena dan pelik. Ia kelihatan seperti dia diciptakan untuk Liverpool.”

Sebaik isterinya masuk campur, Klopp masih segar selepas menjulang gelaran Bundesliga berturut-turut dan dia juga membawa Borussia Dortmund ke final UCL menentang Bayern Munich pada 2013 tetapi tewas 1-2 di Wembley.

David Moyes yang bergelut di United gagal mendapat tempat ke UCL dan jurulatih dari Jerman itu diletakkan sebagai calon membawa kejayaan semula ke Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 4:15 PM